RSS

Buku 8

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
  • Tajuk Buku : الخشوع الفقود
  • Penulis : د. عبد الله بن على بصفر
  • Penerbit : دار السلام
  • Halaman : 30 mukasurat
  • Harga : LE 2.00

______________________________________________

Dalam buku nipis ini, penulis cuba merungkai asbab khusyu' yang semakin menghilang dari para musollin.

sesetengah ulama ada yang menta'rifkan khusyu' dengan:

menutup zarah syahwat, mendiamkan asap di dada,
serta menggetarkan cahaya agung dalam hati..


suka ana kongsikan bagaimana penulis cuba memberi jalan untuk melatih agar hati kita khusyu' takala berdepan dengan Allah taala dalam solat mereka...

  1. menghadirkan hati.. adalah perkara utama..
  2. kemudian, memahami setiap lafaz..
  3. kemudian, memuliakan Allah taala dan hibah... dengan membenarkan hati bahawa Allah sahaja yang maha besar dan berkuasa atas alam ini..
  4. kemudian, pengharapan.. mengharap kepada Allah akan kejayaan dunia dan akhirat..
  5. akhirnya, merasa malu dengan Allah...

Rasalah malu dengan Allah andai diri ini kalian tidak khusyu' ketika menyembah raja sekalian raja itu. Andai raja dunia kita begitu meninggi-ninggikan apakan lagi raja dan juga pencipta sekalian alam... lebih layaklah Allah taala mendapat yang terbaik dari hambanya...

Jom kembali khusyu'!!

….Cuma minatku pada membaca….



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku 7

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

  • Tajuk Buku : Palestin Tak Pernah Gentar
  • Penulis : Zulkifli Mohamad Al-bakri, Fatimah Syarha Mohd Noordin
  • Penerbit : Telaga Biru
  • Halaman : 200 mukasurat
  • Harga : rm20.00

Sedikit perkongsian buat kalian :

Pada akhirnya penulis menukilkan semangat waja yang dinyatakan oleh al-Syahid Dr. Abdullah Azzam dalam bukunya Jihad Syarat Kemengan Islam :

" Jika kami belum berjaya melakukan jihad di Palestin kerana ia dikawal ketat, jika kami saat ini dilarang untuk bertempur di bumi Masjid al-Aqsa, semua ini tidak akan melupakan kami untuk tetap memikirkan Palestin.

Fikiran kami tidak akan tenang sehingga kami dapat berjihad di Palestin. Jasad kami berada di Afghabustan dan ini kerana kewajipan di atas bahu kami. Namun, jiwa kami melayang-layang di Baitul Maqdis.

'masjid al-Aqsa kami, dikotori Yahudi.
Mereka tumbuh di sana tidak terperi.
Tipu muslihat milik Yahudi.
Kakitangan tidak berbapa mewarisi.'

Kami telah berjanji pada diri kami sendiri untuk tidak goyah daripada halangan rabbani ini. Yang akan menghubungkan antara Kabul dan Qud. Dengan izin Allah, kami akan tiba. Walaupun jarak pemisah masih jauh, memerlukan masa yang panjang dan jalan pun tidak lurus.

Kami terus terang di hadapan Yahudi dan sekutunya. Hanya ada satu jalan. JIHAD akan terus berlangsung. Para pemuda akan terus bangkit, insya Allah.

'Wahai Quds, kami pulang!
Untuk tuhan sekalian alam.
Kerana agama kita menghancurkannya.
Meraih kemengan gemilang dan terbilang.'

Rombongan ini akan tetap berjalan, bahkan telah bersumpah di hadapan Allah, untuk menempuh jalan yang pasti mengundang kecederaan dan disirami darah. Meraka hanya tunduk kepada Allah dan berdoa kepada-Nya agar diteguhkan hati dan ditetap kaki pada jalan perjuangan, agar mereka diberi kemengan.

Jom baca, terima kasih kepada penulis kerana berjaya mengupas isu ini dengan baik.
Di sertakan bersama fatwa ulama mengenai hukum mereka yang bertindak berani mati.



….Cuma minatku pada membaca….


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku 6

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...


  • Tajuk Buku : Risalah Ta'alim
  • Penulis : Muhammad Abdullah al-Khatib
  • Penterjemah : Mohd Nizam bin Mohd Ali
  • Penerbit : Dewan Pustaka Fajar
  • Halaman : 424 mukasurat
  • Harga : rm29.00


Tak salah andai buku ini dijadikan bahan bacaan anda.

Para aktivis gerakan Islam sudah sedia maklum tentang Risalah Taalim yang menjadi garisan gerak kerja amali harakah islamiyyah, yang dibangunkan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Syeikh Abdullah Al-Khatib mensyarahkan dengan terperinci mengenai Usul Isyrin (Prinsip 20) dan rukun bai'ah, iaitulah kandungan Risalah Taalim yang perlu difahami sebenar-benarnya. Imam As-Syahid mengasaskan sebuah harakah Islamiyyah di atas dasar-dasarnya, lalu berkembang sehingga ke melebihi 80 buah negara.


TAJUK-TAJUK USUL 20 (Rukun pertama - faham )

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.


dan banyak lagi, beli dan baca.....

(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka) Al-Ahzab : 39



….Cuma minatku pada membaca….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku 5

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Tajuk Buku : Belajar Dari Para Wali
Penulis : Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit : Anbakri Publika
Terbitan : 2009
Halaman : 249 mukasurat
Harga : rm19.00

Kisah hidup para wali adalah manifestasi sebuah harapan yang diletak di atas hamparan kisah insan-insan gemilang yang pernah dilahirkan oleh tamadun keinsanan. Mengukur prestasi mereka bukanlah melalui ukuran zahir. Buku ini bukan ingin berbicara soal pertumbuhan ekonomi, taraf hidup, insan bertaraf dunia dan hal-hal selapis yang seumpama dengannya.

Ia ditampilkan untuk dijadikan piawaian bagi mengukur maksud hidup dan nilai hidup. Ia membicarakan bagaimana nilai dunia ini dari kaca mata para wali. Sisi yang diambil tentunya cukup menyalahi perspektif orang awam. Nah! Di sinilah sekali lagi letaknya keistimewaan buku ini. Ia memberi kesempatan kepada khalayak untuk menilai hidup, dunia dan kehidupan dari suntingan sehimpun wali.

JOM baca....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Warkah

~Nukilan Syeikhut-Tarbiyah Ust Rahmat Abdullah (1953-2005)

"Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …
Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …
...
Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …
Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan …
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan sampingan….
Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan…
Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini …
Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan…
Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian …
Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan wang yang cukup-cukup dan peta yang tak jelas …
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berda’wah di desa sebelah …
Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …
Aku rindu zaman ketika anak usrah menangis karena tak bisa hadir di usrah…
Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …
Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya …
Aku rindu zaman itu …
Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …
Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini


rINDU pada mu... SMAAZA..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku 4

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...


Lagi buku untuk di kongsi...


Tajuk : Ingatlah Tempatmu di Akhirat
Pengarang : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Terbitan : Rijal Media
Harga : RM 17 (sem), RM 20 ( Sbh, Srwk )
Bil muka : 160


Sedikit perkongsian, insya Allah anda akan peroleh setelah menelaah buku setebal 160 halaman ini.

_______________________________________


firman Allah taala :

"Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal "

Peringatan tentang akhirat banyak disebut di dalam Al-quran. Kerana Al-quran lah sumber paling dekat dengan kita sebagai muslim. Apa pun, buku ini cuba menggarap ayat-ayat yang terdapat dalam Al-quran sebagai peringatan untuk kita pastikan di mana dan ke mana kita selepas alam ini.

Buku ini hadir sebagai usaha membantu anda mengatasi dilema " Di mana aku selepas ini ".

Antara wadah penting untuk santapan kalian, dan cukup terkesan buat sang fakir, insya Allah untuk anda juga.

Berikut merupakan beberapa unsur penting yang patut anda semak:

- Cara yang perlu dilakukan bagi mendapatkan kesejahteraan di akhirat.
- Dasyatnya neraka, juga nikmatnya syurga sebagai tempat tinggal di akhirat.
- Apakah perkara yang boleh mambawa seseorang ke syurga atau menjerumuskannya ke neraka.
-Apakah itu yang dikatakan keuntungan dan kerugian hakiki.
-Apakah iradat yang akan menjadi penentu kepada nasih seseorang di akhirat.

"Allah subaha nahu wa taala tidak memberi syurga kepada manusia secara percuma tanpa sebarang susah payah. Andai seseorang itu mahukan martabat tinggi sampai ke syurga, mesti melalui ranjau, duri, cabaran bahkan mungkin fitnah. Seseorang itu tidak boleh berada di tempat yang tinggi kalau tidak melalui kaedah ini ". -Tuan guru dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Di dalam buku ini juga Tuan Guru Nik Aziz juga ada menguraikan cara-cara untuk berdakwah beserta sejarah bagaimana tekanan dan uslub dakwah yang telah digunakan oleh sekalian para nabi alaihi salam dalam menyeru umatnye kepada mengEsakan Allah taala.

_____________________________________________


Jom mulai membaca.
Isilah masa anda dengan mebaca!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku 3

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Tajuk : Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul
Pengarang : Fatimah syarha Mohd Noordin
Terbitan : Telaga biru
Bil muka : 91

Alhamdulillah, seronok baca buku karangan Fatimah Syarha . Buku nipis tapi cukup padat dalam menghuraikan sebuah kisah cinta.

sedikit sinopsis: "bingkisan Qani'ah buat suaminya ini ingin dikongsi denganmu..."
dalam buku,Fatimah Syarha menceritakan susur galur percintaan Qani'ah dengan Dr Muslih. masyaAllah, ana yakin satu dalam sejuta muslimin spt Dr Muslih. bermula dgn ujian cinta muslimin buat Qani'ah dan akhirnya bagaimana dia dimiliki oleh muslimin soleh. sungguh, Qani'ah adalah mawar berduri yg tinggi maharnya, dia amat menjaga cintanya kpd Allah. tak pernah berbagi kpd yg tidak layak.

hatinya sensitif apabila ada cinta muslimin yg mengetuk hatinya. sungguh,cintanya hanya untuk Allah dan Rasul

sepanjang pertunangan sekalipun, mereka tidak berhubung. sekalipun dah bertunang, mereka menjaga adab dan syariat. masyaAllah, ana rasa teruja dgn watak Qani'ah yg memelihara cintanya kudus buat suami tercinta. jarang ada muslimah spt ini. amat jarang.

Qani'ah benar2 membina baitul muslim bersama Dr Muslih. kehidupan mereka terisi dengan cinta Ilahi Rabbi dan kerja dakwah. benar, muslimin yg menjadi ketua keluarga memainkan peranan yg penting. Dr Muslih amat berwibawa. ana dapat rasakan percintaan mereka begitu indah walaupun pada majlis akad baru mereka berani bertentang mata..masyaAllah

_____________________


Nak tau lebih lanjut kene la baca sendiri, insya Allah tidak mengambil masa yang panjang.
Bahasa yang digunakan pula mudah dan tidak terlampau berat, gaya santai.
Kengkadang menyebabkan hati ini cukup cemburu dengan Dr Muslih, mana nak cari wanita sesuci Qoniah.

Mulai dari anda!


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah."




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku 2

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Tajuk : Hijrah Permulaan Sebuah Kegemilangan
Pengarang : Abdul Latif Talib
Terbitan : PTS
Bil muka : 618

Alhamdulillah, walaupun kelihatan tebal di mata zahir, tapi terasa begitu nipis untuk menyingkap sirah mula sebuah permulaan kegemilangan Islam.

Anda mungkin terbiasa dengan Abu Bakar, sedangkan anda tidak kenal Abdul ka'bah.
Anda mungkin terbiasa dengan Abu Jahal dan Abu Lahab, tapi anda tidak kenal Abdul Hakam dan Abdul Uzza.
buku ini cuba mengheret anda ke dalam situasi yang cukup dengan dengan sirah rasulullah salla Allahu alaihi wasalam.

Bermula dari tahun gajah mengimbau detik kelahiran nabi Muhammad salla Allahu alaihi wasalam, sehinggalah penghijrahan Rasulullah salla Allahu alaihi wasalam bersama sahabat ke kota Yathrib ( Madinah munawarah )

Setiap cerita dikupas dengan cukup baik dan tersusun, menyebabkan para pembaca tenggelam dalam hayalan sirah rasulullah salla Allahu alaihi wasalam. Boleh dikatakan kupasan dari pengarang mengenai sirah Hijrah rasulullah dan para sahabat menjadi terlalu dekat dengan kita.
Hatta penyiksaan terhadapa para sahabat, Sumaiah dan ahli keluarga terasa begitu terkesan. Begitu kuat sekali jiwa mereka.. masya Allah...

Salah satu coretan takkala rombungan Rasulullah tiba di kota Yathrib.

______________________________________

"Utusan Allah sudah tiba !" teriak orang ramai

Ruang angkasa Kota Madinah bergema dengan suara tekbir daripada orang Islam dan tempik sorak kegembiraan daripada mereka yang bukan beragama Islam. Semua bergembira menyambut kedatangan Rasulullah salla Allahu alaihi wasalam. Seorang penyair berdiri di atas bumbung sebuah rumah lalu membaca syairnya.

Lelaki yang mulia itu berada di tengah kaum Quraisy
berpuluh tahun lamanya musim haji silih berganti
Dia menawarkan diri kepada jemaah haji
Namun tidak seorang pun sudi mendampinginya
Tatkala dia datang menemui kami di Thaibah
Dia kelihatan senang hati dan rela
Sekarang dia berhijrah ke Madinah
Dia tidak bimbang lagi perlakuan mereka yang aniaya
Dia tidak khuatir lagi perlakuan mereka yang menderhaka
Kami korbankan seluruh harta yang ada
Jiwa dan raga, bersamanya pada saat susah dan senang
Ketika perang ataupun damai
Kami musuhi mereka yang memusuhinya
Sekalipun mereka itu teman tercinta nan setia
Kami yakin Allah yang tiada Tuhan selain Dia
Dan kami yakin kitab Allah
Penuntun semua manusia...

Kemudian wanita-wanita Ansar bernasyid yang maksudnya.

Bulan purnama sedang mengambang kepada kita
Dari lembah Thaniyah Wida'
Wajiblah atas kita bersyukur
Selagi ada yang menyeru kepada jalan Allah
wahai Nabi yang diutus kepada kami
Kami membawa perintah yang pasti dijunjung.

____________________________________________


Sungguh menarik sirah rasulullah, jom hayati bersama...

Wa Allahu a’lam.


….Cuma minatku pada membaca….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku 1

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Tajuk : Di Manakah Kesilapan Kita?

Pengarang : Prof Dr Yusuf Al-qardawi

Terbitan :Perniagaan Jahabersa

Bil Muka : 141


Alhamdulillah, buku yang keberikutnya telah tamat ku mentelaah disamping kitab-kitab kuliah yang sememangnya tidak dapat dilupakan. Dalam fatrah imtihan, sesiapa yang melupakan kitab kuliah berti telah lupa matlamat.

Apa tidaknya? Tujuan (hadaf) utama anda bermusafir ke dunia seribu menara (Mesir) adalah untuk mencari permata ilmu tinggalan para ulama’. Jadi tidak wajarlah anda melupakan Kitab, terutamanya kitab-kitab kuliah.

Sedikit perkongsian mengenai buku yang baru dikhatamkan ini.:

Dalam buku ini, doktor Yusuf al-Qardawi cuba menyingkap dari sekecil-kecil masalah sehinggalah kepada jurang-jurang dalam mengenai keretakan sesebuah haraki ataupun jemaah.

Beliau menekankan agar para pekerja tidak hanya pandai dan banyak bercakap, tetapi jadilah warga penggerak kepada teraju sesebuah jemaah. Tidak hanya banyak mengkritik, tapi banyakkan berkerja.

Firman Allah yg bermaksud : Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan kebaikan dan mecegah dari perkara kemungkaran (at-taubah :71)

Suka saya berkongski dengan pembaca sekalian mengenai 20 noktah dalam merialisasikan cita-cita tertinggi umat Islam iaitu menguasai alam (ingat kembali 7 maratib amal). Ruang lingkup pemerhatian dan penumpuan hendaklah diubah :

1- Dari masalah cabang (furu) serta juzuk kepada perkara asasi (usul) serta keseluruhan.

2- Dari memberatkan ibadah sunat kepada memberatkan serta menumpukan amalan fardu.

3- Dari masalh khilaf kepada masalah yang disepakati ulama’

4- Dari amalan anggota luaran kepada amalan hati.

5- Dari bentuk melampau serta berlebihan kepada pertengahan serta kesederhanaan.

6- Dari kesusahan serta menjauhkan diri kepada kemudahan serta bermasyarakat.

7- Dari bersikap jumud serta bertaklid kepada berijtihad serta melakukan pembaharuan.

8- Dari banyak bercakap serta berbantahan kepada sikap memberi dan banyak amalan.

9- Dari hanya dari mengikutkan perasaan serta bekerja tanpa bersisitem kepada kajian ilmiah serta berperancangan.

10- Dari sikap fanatic terhadap golongan lawan ketika mengeluarkan sesuatu pendapat kepada bersikap berlapang dada dengan mereka.

11- Dari gaya bersemangat kepada gaya bertafaqquh.

12- Dari terlalu menitik beratkan kuantiti kepada mementingkan mutu kualiti.

13- Dari mendongak ke langit impian kepada menunduk ke bumi realiti.

14- Dari mencari kedudukan kepada bercampurgaul dengan masyarakat.

15- Dari mengingati perkara silam kepada menghayati kehidupan semasa untuk persiapan masa depan.

16- Dari tenggelam dalam suasana amali politik kepada turut menumpukan amalan masyarakat.

17- Dari melakukan perselisihan yang menentang serta berseteru kepada hanya perselisihan dari segi saling bantu-membantu.

18- Dari melupakan hal ehwal kehidupan kepada beribadah dengan tekun menghayati realiti kehidupan.

19- Dari hanya berfokus kepada kawasan tempatan yang sempit kepada turut sama memberikan tumpuan kepada alam sejagat yang lebih luas.

20- Dari rasa takjub kepada diri sendiri kepada sikap bermuhasabah kekurangan diri.

Firman Allah taala : maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupan kamu (at-tagbun:16)

Cukup cantik kalam ini.

Kekuarangan ada pada setiap diri kita, beriman kepada Allah taala, tetapi tidak patuh segala perintahNya, cintakan rasullullah salla Allahu alaihi wasalam, tetapi tidak mengikuti manhajnya (ketetapan),hendak masuk syurga tetapi tindakan tidak diusahakan untuk ke syurga, takutkan neraka, tetapi menelusuri jalan ahli neraka, berbangga dikaitkan dengan Islam, tetapi tidak berusaha membantu Islam.

Berbahagialah orang yang memulakan untuk memperbaiki diri, kemudian berdakwah kepada orang lain, meletakkan tangannya di dalam tangan golongan yang baik serta sefikrah dengannya, tidak berputus asa dengan harinya, tidak berputus asa pada hari esoknya, yakin terhadap dirinya, memuliakan agama, beriman dengan Allah taala untuk mengharapkan kemenangan yang dijanjikan kepada orang mukmin.

Diikutkan hati ini, ingin saya catitkan satu persatu. Secara jujurnya bahasa yang digunakan penterjemah agak sukar diselami, jadi untuk menjamin kefaham penuh bacaan secara berualang kali perlu. Mungkin pemahan si pembaca terlalu lemah berbanding kalian.


Wa Allahu a’lam.

….Cuma minatku pada membaca….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

goodreads



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Kalau dulu kita dibiasakan dengan projek Nilam. Kini ana nak promosi satu program yang seakan-akan sama dengan itu, dalam memastikan bacaan kita lebih tersusun dan teratur.

Jom kita add goodreader.
ni link dia kat sini


my read shelf:
Fahim89's book recommendations, liked quotes, book clubs, book trivia, book lists (read shelf)

...:: membaca amalan kita ::...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadilah Jenerasi Iqra'

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Marilah kita sama-sama mengambil ibrah dari ayat Allah yg berbunyi :

1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),


Sememangnya benarlah firman Allah taala.

Sesungguhnya, ayat dari surah Al-alaq ini adalah antara ayat pertama yang diturunkan oleh Allah taala kepada Muhammad alaihi sallam serta sekalian ummatnya.

Mari kita jejak sirah penurunan ayat Al-alaq ini :

********************************


Takkala Rasullah salla Allahu alaihi wasalam menerima pentaklifan sebagai seorang nabi Allah, kalam pertama yg diwahyukan adalah "iqra'" yakni "bacalah".

Jumhur ulama' berpendapat ayat 1-5 surah Al-alaq adalah ayat pertama yang diturunkan oleh Allah taala buat junjungan mulia salla Allahu alaihi wasalam...


diriwayat ‘Aisyah r.a yang dicatatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab hadith mereka.

Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah salla Allahu alaihi wasalam melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!”

Rasulullah salla Allahu alaihi wasalam menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Malaikat (Jibril a.s) tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (al-Hadith).

*******************************

Sirah pemulaan kepada sebuah agama yang dijanjikan Allah taala akan kekal sehingga akhir zaman. Dimulai dengan seruan membaca, apakah kita sedar akan sebuah seruan permulaan ini?

Kata doktor Yusof Qordowi dalam kitabnya “Dimanakah Kesilapan Kita?” :

Pemuda-pemuda Islam mula lupa akan seruan membaca, menyebabnya mereka dilanda penyakit kejahilan dan kenistaan yang semakin melarat serta membarah masa depan mereka. Mereka sudah tiada kekuatan apa bila diuji dengan ribuan mehnah, kebanyakan mereka suka menceduk sahaja dari buku-buku secara mentah dan membuta tuli tanpa sebarang kajian teliti secara ilmi. Terkesima apabila lebih teruk lagi, mereka menjadi hamba kepada ilmu ciptaan musuh-musuh islam.

Meraka berbangga dengan hasil ciptaan musuh-musuh Islam, tanpa mereka sedar bahawa ilmu itu adalah dari mereka dan milik mereka selaku orang Islam.

“Hikmah (kebijaksanaan) itu adalah barang ciciran orang-orang mukmin. Barang siapa menjumpainya, maka ambillah ia (hikmah tersebut)”-


Jom kita kembalikan kegemilangan Islam, ayuh jadikan MEMBACA budaya kita..

dan asbab inilah saya berhenti seketika berkongsi kerana mencari kekuatan...

suka juga saya pada satu kata sasterawan negara A Samad Said :

membaca 5 kali, menulis sekali...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Powered by Blogger.